PERKAHWINAN

ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU

  1.  Merisik

bullet

Bermaksud menilik atau menengok seseorang anak dara untuk dijadikan menantu dalam sesebuah keluarga.

bullet

Apabila ibu bapa pihak lelaki merasakan bahawa anak teruna mereka sudah sampai masa untuk mendirikan rumah tangga, maka mereka akan mula mencari sesorang atau beberapa orang anak dara yang mereka kenali untuk dipilih sebagai calon menantu.

bullet

Kemudian mereka akan meyelidik latar belakang keluarga dan diri calon menantu mereka itu daripada saudara maranya.

bullet

Apabila pilihan sudah dibuat, keluarga pihak lelaki akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan tersebut untuk membuat perundingan untuk mencari persetujuan dan menetapkan tarikh dan hari masuk meminang.

   2.  Meminang / Bertunang

bullet

Setelah kata sepakat telah dicapai, ibu bapa pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk mengikat tali pertunangan antara anak terunanya dengan anak dara pilihan mereka.

bullet

Pihak perempauan akan meletakkan satu tempoh jangka masa untuk mereka membuat keputusan muktamat sama ada menerima atau menolak pinangan daripada pihak lelaki.

bullet

Tempoh ini hanya memakan masa sehari dua sahaja, tetapi kadang kala tempoh ini memakan masa sehingga seminggu atau lebih.

bullet

Apabila pihak perempuan bersetuju menerima pinangan pihak lelaki, pihak lelaki akan menghantar tanda seperti sebentuk cincin atau berlian mengikut kemampuan dan disertai dengan barang-barang hantaran lain.

bullet

Tempoh pertunangan akan ditetapkan sebagai jangka masa bagi pihak lelaki dan pihak perempuan mengenal hati budi masing-masing.

   3.  Menghantar Belanja dan Akad Nikah

bullet

Mengikut adat resam lama, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan berakad nikah.

bullet

Pada masa kini, menghantar belanja dijalankan bersama-sama dengan akad nikah yang mana lebih ringkas dan kecil belanjanya.

bullet

Barang-barang hantaran diarak bersama mempelai pihak lelaki untuk diberi kepada mempelai pihak perempuan.

bullet

Sebelum dijalankan akad nikah, wang belanja sama ada dengan mas kahwihnya atau tidak dan barang-barang hantaran lain akan dihitung dan diperiksa oleh tok kadi dengan dua orang saksi pihak perempuan.

   4.  Persandingan

bullet

Apabila sudah cukup syarat pihak perempuan, akad nikah akan dilakukan oleh tok kadi dengan dua orang saksi.

bullet

Setelah majlis akad nikah selesai dan mempelai sah menjadi suami isteri, mempelai akan dibawa pulang ke rumah untuk majlis persandingan.

bullet

Dalam majlis ini, jamuan makan akan diadakan mengikut kemampuan keluarga mempelai.

bullet

Kedua-dua mempelai akan disandingkan di atas pelamin sebagai raja sehari.

bullet

Keluarga terdekat akan menepung tawar mempelai bagi mendoakan kebahgiaan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

bullet

Tetamu yang hadir akan diberi cenderahati seperti bunga telur dan gula-gula sebagai ucapan terima kasih kerana meraikan raja sehari.

 

 

ADAT PERKAHWINAN ORANG CINA

  1.  Merisik

bullet

Dilakukan untuk mengetahui latar belakang keluarga pihak wanita.

bullet

Orang Cina amat mementingkan nama, maruah dan keturunan yang baik. Oleh itu, peribadi perwatakan dan tingkah laku wanita penting untuk diketahui.

bullet

Tradisi makan bersama penting untuk mengeratkan perhubungan di antara dikedua-dua belah keluarga yang akan berbesan. Tujuan dibuat perbincangan secara tidak formal adalah untuk memberi masa kepada kedua-dua belah pihak untuk saling mengenali dan menjalinkan perhubungan.

bullet

Ketrampilan dan kemuliaan keturunan serta latar belakang menjadi faktor penting tujuan adat merisik dilakukan.

   2.  Meminang

bullet

Ibu bapa pengantin lelaki akan datang sebagai wakil untuk meminang.

bullet

Wakil dipilih dari kalangan emak saudara atau saudara mara yang terdekat dan merupakan seorang perempuan.

bullet

Agenda penting dalam perbincangan ialah tentang mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.

bullet

Pihak pengantin perempuan akan meminta upacara perkahwinan diadakan secara meriah dan besar-besaran, bayaran mas kahwin yang tinggi tanpa tawar menawar dan bilangan meja yang perlu disediakan untuk saudara mara pengantin perempuan.

bullet

Pihak pengantin pula akan meminta untuk mengetahui nama 'bunga' dan tarikh lahir pengantin perempuan supaya hari yang sesuai dapat ditentukan mengikut amalan penilikan dalam kalendar Cina.

   3.  Pertunangan

bullet

Hari pertunangan dibuat secara sederhana dengan pengantin lelaki dan perempuan bertukar-tukar cincin.

bullet

Mereka yang sudah bertunang dibenarkan tinggal dan tidur bersama. Ia bergantung kepada sejauh mana persetujuan daripada ibu  bapa pengantin.

bullet

Pertunangan tidak menjanjikan bahawa si perempaun atau lelaki dapat kekal hingga ke jinjang pelamin.

   4.  Menghantar tanda dan mas kahwin

bullet

Barang yang dihantar sebagai tanda ikatan kepada pengantin perempuan ialah cincin emas, hadiah pakaian persalinan, kain dan wang tunai.

bullet

Wang tunai yang diberikan boleh digunakan untuk membeli emas, barang-barang perhiasan, alat persolekan dan kelengkapan lain.

bullet

Semasa penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan.

bullet

Mas kahwin bertindak sebagai tebusan dan bayaran ganti rugi kepada keluarga pengantin perempuan kerana telah bersusah payah membesarkannya.

   5.  Hari perkahwinan

bullet

Sehari sebelum hari perkahwinan, pihak pengantin perempuan mengadakan jamuan makan untuk meraikan saudara maranya.

bullet

Jamuan makan terpulang kepada pihak keluarga pengantin perempuan.

bullet

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan dan ang paw diberi kepada anak buah pengantin perempaun yang membuka pintu kereta.

bullet

Diadakan upacara minum teh sebagai tanda menghormati orang tua dapat dikekalkan walaupun sudah berumah tangga.

 

 

ADAT PERKAHWINAN ORANG INDIA

   1.  Merisik

bullet Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama.
bullet Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.
bullet Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara.
bullet Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

   2.  Berkunjung ke rumah pengantin

bullet Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.
bullet Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri.
bullet Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.
bullet Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa.
bullet Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
bullet Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju.
bullet Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
bullet

Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

  3.  Ikat janji

bullet

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

bullet

Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

bullet

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut.

bullet

Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

bullet

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.

bullet

Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.

bullet

Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.

bullet

Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

  4.  Parisam

bullet

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam.

bullet

Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.

bullet

Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

bullet

Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil.

bullet

Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

  5.  Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

bullet

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin.

bullet

Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.

bullet

Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya.

bullet

Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India.

bullet

Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan.

bullet

Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali.

bullet

Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali.

bullet

Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.

bullet

Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

bullet

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

bullet

Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.

bullet

Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas.

bullet

Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

 6.  Mukuurtta Kaal

bullet Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.
bullet Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India.
bullet Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.
bullet Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
bullet Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.
bullet Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan.
bullet Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung.
bullet Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan.
bullet Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut.
bullet Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar.
bullet Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

 7.  Selepas Majlis Perkahwinan

bullet Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.
bullet Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
bullet Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
bullet Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.
bullet Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.
bullet Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan.
bullet Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu.
bullet Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
bullet Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.