PERAYAAN

ORANG MELAYU

Hari Raya Aidilfitri

bullet

Bagi masyarakat umum Malaysia, hari raya aidilfitri juga disebut sebagai hari raya puasa kerana ia disambut setelah umat Islam melakukan ibadat puasa selama sebulan sepanjang bulan ramadhan.

bullet

Bulan ramadhan dikira mengikut takwim Islam antara 29 atau 30 hari iaitu mengikut peredaran bulan.

bullet

Pada pagi 1 syawal, orang-orang Islam akan pergi ke masjid atau tanah lapang yang ditentukan untuk melakukan solat sunat Aidilfitri.

bullet

Sebelum dan sesudah mengerjakan solat sunat tersebut, mereka bersalam-salaman diantara satu sama lain, maaf bermaafan dengan rasa bahagia.

bullet

Masyarakat islam umumnya dan masyarakat melayu khususnya menyambut seta merayaakan hari mulia ini dengan segala kebesaran dan kemuliaan.

bullet

Lazimnya di kampung-kampung sehari sebelum aidilfitri, orang mengadakan pakatan menyembelih kerbau atau lembu yang dikenali sebagai hari membantai.

bullet

Salah satu ciri terpenting dalam perayaan Aidilfitri ialah bermaaf-maafan, menziarahi ibu bapa keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

bullet

Hidangan utama pada hari pertama aidilfitri pada umumnya ialah ketupat atau lemang yang berlaukan masakan daging serta disajikan pelbagai jenis kuih.

bullet

Aidilfitri tidak hanya disambut pada hari pertama dan kedua sahaja bahkan dirayakan sepanjang bulan syawal.

Hari Raya Aidiladha

bullet

Hari raya aidiladha lebih dikenali dengan sebutan hari raya haji atau hari raya korban.

bullet

Hari tersebut ialah satu hari kebesaran khusus bagi orang-orang islam terutama mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah.

bullet

Korban bermaksud menyembelih binatang ternakan seperti lembu atau kambing untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin.

bullet

Upacara korban merupakan perbuatan sunat dan sebagai memperingati ujian yang diturunkan oleh Allah keatas nabi Ibrahim atas dasar keimanan yang kukuh.

bullet

Peristiwa korban yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya nabi Ismail adalah suatu kisah sejarah dunia dan sejarah agama yang paling menarik.

bullet

Di malaysia pada umunya sambutan hari raya aidiladha diadakan secara sederhana sahaja.

bullet

Pada pagi hari tersebut, umat islam pergi ke masjid atau ke tanah lapang yang ditentukan untuk mengerjakan solat sunat aidiladha.

bullet

Di samping itu, kaum wanita di rumah memasak makanan istimewa dan ada juga mengadakan kenduri kecil semperna hari mulia tersebut.

 

ORANG CINA

Tahun Baru Cina

bullet

Disambut pada hari dan bulan pertama kalendar orang Cina dan disambut secara besar-besaran sebagai menandakan kedatangan tahun baru.

bullet

Sehari sebelum Tahun Baru Cina tiba, semua ahli keluarga akan berhimpun beramai-ramai untuk makan bersama bagi menjalinkan perhubungan sesama anggota keluarga setelah lama tidak bertemu.

bullet

Pada waktu tengah malam kedatangan Tahun Baru Cina diadakan upacara memuja dewa langit sebagai aluan kepada kedatangan hari yang bahagia.

bullet

Hari pertama tahun baru disambut dengan meriah dan setiap orang akan mengenakan pakaian baru yang berwarna cerah terutamanya warna merah.

bullet

Mereka yang sudah berkahwin akan memberi ang paw kepada saudara mara dan sahabat handal yang belum berumah tangga.

bullet

Ang paw ialah sejenis sampul berwarna merah yang diisi dengan sejumlah wang yang membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan.

bullet

Tahun merupakan hari terbuka kepada tetamu terutamanya saudara mara.

bullet

Buah limau mandarin dan kuih bakul menjadi lambang perayaan Tahun Baru Cina. Ungkapan yang paling popular diucapkan semasa bersua ialah 'Gong Xi Fa Cai'.

bullet

Sepanjang dua hari pertama tahun baru Cina, orang Cina dilarang menyapu kerana dikhuatiri akan menghalau keluar segala tuah.

bullet

Mercun dibakar kerana dipercayai dapat menghalau semangat jahat dan hantu-hantu daripada menganggu kehidupan manusia.

bullet

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan ini.

Cap Goh Meh

bullet

Dikenali sebagai pesta Yuan Siau.

bullet

Disambut sebagai menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula pada hari yang kelima belas.

bullet

Biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam.

bullet

Diiringi dengan upacara pemujaan dewa dewi untuk meminta pelindungan supaya kehidupan ahli keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang mala petaka.

bullet

Setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu dan mercun dibakar untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

bullet

Keramaian pesta ini di meriahkan dengan tarian singa dan tarian naga.

bullet

Pesta ini diakhiri dengan upacara melemparkan buah-buah limau mandarin ke dalam oleh pemuda dan pemudi yang berhasrat untuk mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai.

 

ORANG INDIA

Deepavali

bullet

Perayaan yang terbesar bagi masyarakat yang beragama Hindu yang jatuh pada bulan gelap yang bernama Aippasi (Oktober-November).

bullet

Perkataan 'deepavali' membawa makna sebarisan pelita. Ia berasal daripada perkataan deepa yang bermaksud lampu-lampu dan perkataan avalai yang bermaksud aturan.

bullet

Mengikut ajaran agama Hindu, menyalakan atau memasang pelita pada satu hari sebelum  dan sepanjang Deepavali merupakan salah satu upacara utama dan penting dalam perayaan menyambut Deepavali.

bullet

Pemasangan pelita-pelita itu melambangkan kemenangan kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

bullet

Sambutan Deepavali adalah bertujuan untuk pemujaan kepada Dewi Laxmi kerana lampu-lampu yang menyala itu mempunyai kaitan dengan Dewa Laxmi.

bullet

Pada pagi hari Deepavali, penganut agama Hindu bersuci tubuh badan dengan memakai sedikit minyak diatas kepala dan seterusnya mandi.

bullet

Selepas bersuci diri, mereka akan memakai pakaian baru, mereka akan bersembahyang di rumah. kemuadian diikuti pula bersembahyang di kuil.

bullet

Selepas balik sembahyang dari kuil, mereka akan menghantar juadah seperti kuih muih dan buah-buahan kepada jiran dan sahabat handal.

Thaipusam

bullet

Disambut pada bulan purnama dalam bulan Tamil bernama Thai.

bullet

Perayaan ini lebih kerap disambut di kuil daripada di rumah.

bullet

Mengikut ajaran Hindu, tempat-tempat utama mengadakan perayaan Thaipusam ialah di kuil-kuil yang menempatkan Dewa Subramaniam. Contohnya, di Sungai Petani, Pulau Pinang, Ipoh dan Batu Caves, Selangor.

bullet

Perayaan ini dilakukan secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan menuju ke kuil-kuil Dewa Subramaniam dan juga mengadakan upacara pemujaan atau sembahyang di kuil tersebut.

bullet

Semasa pemujaan dilakukan, mereka akan membawa persembahan seperti bunga, susu, kelapa, tebu, madu dan sebagainya dengan menggunakan kavadi yang direka dan dihias.

bullet

Biasanya perbuatan tersebut dimulai dengan amalan berpuasa dan amalan persucian.