PENGHARGAAN

 

 

Segala puji hanya bagi Allah, Pencipta seluruh alam. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga  serta para sahabat dan pengikutnya.

     Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat kami menyiapkan website yang bertajuk ''Kebudayaan di Malaysia'' dengan jayanya. Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik Zulkifli kerana telah banyak membantu kami dengan memberi banyak tunjuk ajar dalam menyiapkan website yang diberikan. Walaupun kami mempunyai pelbagai masalah kerana kami masih baru mengetahui selok-belok dalam menghasilkan website tetapi Encik Zulkifli tidak pernah jemu-jemu mengajar kami. Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi idea-idea untuk kami dalam menyiapkan website ini.

     Website ini mengandungi tajuk-tajuk tentang kebudayaan yang ada di Malaysia khususnya bagi kaum Melayu, Cina dan India. Melalui website ini, orang ramai dapat mengetahui serba sedikit maklumat tentang agama, makanan, perkahwinan dan banyak lagi mengenai kaum-kaum yang ada di Malaysia.

     Semoga website ini dapat memberikan input yang berkesan kepada mereka yang memerlukan maklumat berkenaan "Kebudayaan di Malaysia". Kami juga memohon ribuan kemaafan seandainya terdapat salah dan silap dalam menjayakan website ini.

 

Selamat melayari website ini.