MAKANAN

 MELAYU

  1.  Nasi Lemak

bullet

Nasi yang dimasak menggunakan santan.

bullet

Dihidang bersama sambal, telur rebus, ikan bilis dan timun.

bullet

Turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti sambal sotong, ayam goreng, paru goreng dan pelbagai lagi.

bullet

Dahulunya dimakan pada waktu pagi, iaitu ketika bersarapan.

bullet

Tetapi kini turut dijadikan hidangan tengah hari dan malam.

 

 

   2.  Nasi minyak

bullet

Nasi yang ditumis dengan beberapa bahan seperti bawang, bunga lawang, bunga cengkih dan lain-lain rempah ratus.

bullet

Dihidangkan bersama ayam masak merah, pecal,dalca, ayam golek, kurma daging dan lain-lain.

bullet

Selalunya dihidang ketika majlis kenduri kendara atau ketika menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

 

   3.  Kuih muih

bullet

Menjadi makanan ringan ketika bersarapan atau minum petang.

bullet

Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, tepung beras dan ubi.

bullet

Contohnya kuih talam, pulut panggang, bengkang ubi, tepung talam, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula melaka.

bullet

Bubur juga menjadi manisan yang popular dalam kalangan orang Melayu.

bullet

Antara bubur yang popular ialah bubur hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cha-cha.

bullet

Kuih tradisi orang Melayu pula ialah bahulu, dodol, wajik, kuih koci dan ondeh-ondeh.

bullet

Kuih tradisi ini masih diminati terutamanya ketika bulan Ramadhan dan lebaran.

 

               

   4.  Rendang

bullet

Merupakan makanan utama ketika menyambut hari raya.

bullet

Boleh dimasak menggunakan ayam, daging dan kerang.

bullet

Bahan-bahan masakan terdiri daripada bawang, serai, halia, lengkuas dan bawang putih.

bullet

Dimakan bersama ketupat pulut dan nasi impit.

 

 

CINA

   1. Nasi Ayam

bullet

Nasi yang dimasak menggunakan sup ayam.

bullet

Dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus.

bullet

Turut dimakan bersama sup ayam, sambal dan kicap.

bullet

Nasi ayam bukan sahaja diminati oleh orang Cina, tetapi juga orang Melayu dan India.

 

                              

 

   2.  Char Kuew Tiau

bullet

Kuew tiau digoreng bersama kerang dan udang.

bullet

Selalunya kuew tiau ini dimasak dibiarkan sedikit berkuah.

bullet

Makanan ini berasal dari negara China.

                          

 

   3.  Kuih Bulan

bullet

Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol yang agak tegas dan kejam.

bullet

Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka.

bullet

Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak Ming bersepakat untuk memberontak.

bullet

Pada suatu malam semasa bulan sedang mengembang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai.

bullet

Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak.

bullet

Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan.

bullet

Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

bullet

Kuih bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji teratai atau kacang merah, kebiasaannya dengan kuning telur masin di pertengahannya.
 

 

 

   4.  Kuih Bakul

bullet

Kuih bakul, nian gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada pulut.

bullet

Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.

bullet

Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana "nian gao" juga membawa erti "makin tahun makin tinggi."

 

  

 

 

 INDIA

  1.  Nasi Beriani

bullet

Nasi yang dimasak mengunakan pelbagai rempah ratus.

bullet

Dimakan berlaukkan ayam masak merah dan jelatah.

 

 

 

                                           

 

   2.  Roti Canai

bullet

Tepung yang dicanai di masak garing di atas kuali leper.

bullet

Dimakan bersama kuah dal.

bullet

Turut dihidangkan bersama gula dan susu manis.

 

    

   3.  Capati

bullet

Berbeza dengan roti canai kerana menggunakan tepung paratha.

bullet

Cara penyediaanya sama seperti roti canai tetapi tidak dicanai.

bullet

Dimakan bersama kuah dal, kari dan sambal.

             

 

     

 

   4.  Muruku

bullet

Makanan ringan bagi orang India.

bullet

Selalu disediakan pada hari perayaan.