KONSEP

 

DEFINISI

bullet

Pada umumnya kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut culture iaitu berasal daripada bahasa Latin iaitu cultura. Dalam bahasa Mandarin   disebut Wen Hua dan dalam bahasa Arab disebut Thaqafah.

 

bullet

Dari segi ilmiah, berbagai-bagai takrif telah dikemukakan tentang kebudayaan. Masing-masing ahli pengkaji masyarakat dan budaya telah memberikan pelbagai takrif berdasarkan pendapat-pendapat mereka. Sebagai contohnya,

   i.  Robert Bierstedt - kebudayaan ialah kesemua yang kita fikir, yang kita buat dan kita punyai sebagai ahli dalam masyarakat.

 

   ii. Edward B. Tylor - kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam dan apa juga kebolehan serta kebiasaan (tabiat) yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.

 

   iii.   Prof. Zulkifli Muhammad - kebudayaan adalah cara-cara manusia berbuat dan berfikir dalam masyarakat yang telah terpakai rata-rata dalam kalangannya dan telah timbul dalam waktu yang lama hingga memberi kesan dalam kehidupan masyarakat.

 

    Menurut Jencks (1993), terdapat cara penggunaan konsep kebudayaan, iaitu :

bullet

Kebudaayan dilihat sebagai satu pemikiran. Kebudayaan merupakan suatu kualiti yang dimiliki oleh seseorang individu yang berkeupayaan  menerima pengetahuan dan mencapai kualiti yang harus dimiliki oleh seorang insan yang berbudaya.

bullet

Kebudayaan dikaitkan dengan tamadun. Sebagai contoh, sesuatu masyarakat dilihat lebih unggul daripada masyarakat yang lain. Masyarakat yang lebih berbudaya dianggap lebih bertamadun daripada masyarakat lain.

bullet

Kebudayaan dilihat sebagai satu badan kolektif tentang seni dan kerja intelektual dalam sesebuah masyarakat. Hal ini bermakna, kebudayaan boleh diremui di pentas drama, galeri seni, muzium dan perpustakaan yang dikenali sebagai kebudayaan tinggi.

bullet

Kebudayaan dilihat sebagi keseluruhan cara hidup manusia. Menurut Linton (1945), kebudayaan sesebuah masyarakat ialah cara hidup ahlinya, koleksi idea dan tabiat mereka belajar, berkongsi dan menurunkan sesuatu daripada satu generasi kepada satu generasi lain. 

 

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

Antara hal yang menjadi ciri kebudayaan adalah :

Bersifat sejagat / universal

Bersifat lokal / khusus

Suatu yang diamalkan

Suatu yang dipelajari

Suatu yang diwarisi

Suatu yang dinamik

 

FUNGSI KEBUDAYAAN

bullet

Kebudayaan adalah hasil ciptaan manusia dengan berbagai-bagai tujuan. Maka kebudayaan mempunyai fungsi kepada manusia. Fungsi ini terdapat dalam setiap tret kebudayaan, baik yang non-material mahupun yang material. fungsi kebudayaan dapat dirumuskan seperti berikut :

           i.  tambahan kepada sifat biologi manusia

          ii.  cara bagi meningkatkan kepuasan hidup

         iii.  pembezaan sosial

         iv.  cara untuk menciptakan kemajuan

          v.  cara untuk menyelesaikan masalah

         vi.  cara untuk mengatur dan mengurus kehidupan bermasyarakat